Jürgen_Klopp
Jürgen_Klopp

Jürgen_Klopp

Jürgen Norbert Klopp (lahir 16 Jun 1967) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman dan kini pengurus bola sepak, beliau kini menguruskan pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Klopp menghabiskan masa selama 12 tahun di Mainz 05 sebelum menjadi menjadi pengurus paling lama pasukan itu dari 2001 hingga 2008, sehinggalah mereka mencapai kenaikan ke Bundesliga. Pada 2008, Klopp menyertai Borussia Dortmund, membawa mereka memenangi Bundesliga pada 2011 dan 2012, begitu juga DFB-Pokal pada 2012, DFL-Supercup pada 2008, 2013 dan 2014, menghadirkan diri dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 2013. Klopp memenangi Pengurus Tahunan pada 2011 dan 2012, sebelum meninggalkan Dortmund pada 2015 selepas menjadi pengurus paling lama pasukan tersebut. Beliau kini merupakan pengurus Liverpool apabila dilantik pada Oktober 2015.