Penerbitan KL_Gangster:_Underworld

Siri ini diumumkan pada Disember 2017, dan dijangka bakal diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhidmatan video atas permintaan, iflix. Syafiq Yusof dan Faisal Ishak menggalas tugas sebagai pengarah.[2][3][4] Menurut Syafiq yang berkhidmat sebagai penerbit: "Bukan senang untuk ayah saya mempercayai orang luar daripada keluarganya untuk mengarah drama atau filem Skop Production tetapi saya berjaya yakinkan beliau Faisal Ishak dapat mengarah siri ini dengan lebih baik".[5]

Sedutan filem prekuel kepada KL Gangster: Underworld iaitu Rise to Power telah pun dimuat naik ke semua media sosial iflix untuk tontonan umum. Pembikinan musim kedua KL Gangster: Underworld juga sedang di jalankan dan dijangka bakal ditayangkan di iflix awal 2020.