Penerbitan KL_Zombi

KL Zombi diarahkan oleh Woo Ming Jin dan diterbitkan oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin untuk Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures. Ia berdasarkan dari novel terbitan Buku FIXI, Zombijaya hasil nukilan Adib Zaini yang turut menulis skrip filem ini. Hampir 50% isi kandungan novel ini dimuatkan dalam KL Zombi. Suntingan untuk filem ini dilakukan oleh Kenny Kuang Eng Chua, manakala muzik disediakan oleh Sebastien Pan. Shah Rempit bertindak sebagai penyelaras aksi lagak ngeri. Filem ini turut menggunakan teknik solekan khas daripada Ella Sandera bagi menghidupkan watak zombi yang lebih realistik.[5] Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta bercakap mengenai filem ini:[6]

"Selaras dengan misi kami untuk menjadi penanda aras baru filem tempatan, KL Zombi merupakan filem pertama yang menampilkan zombi-zombi dengan solekan kesan khas yang merangkumi prostesis, lateks dan kanta lekap khas serta baju yang dilusuhkan dan diubah untuk mengikut watak zombi-zombi tersebut. Selain itu, lokasi-lokasi yang dipilih terpaksa dikucar-kacirkan dan dikotorkan untuk memberi gambaran suasana terbiar selepas serangan zombi,[6]

Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Siti Saleha, Iedil Putra, Zain Hamid, Usop Wilcha, Faezah Elai dan Izara Aishah dengan peranan lain yang turut dijayakan oleh Ahmad Tarmimi Siregar, Khir Rahman dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini merupakan filem kedua lakonan Siti Saleha selepas Kerat 14 dan yang pertama bersama Grand Brilliance (GB). Saleha muncul dengan filem kedua bersama GB, Balada Pencinta yang ditayangkan pada 24 September 2013. Penggambaran filem ini telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dari Mac hingga April 2012[7] dan ia menelan belanjawan sebanyak RM1.3 juta.[8]

Rujukan

WikiPedia: KL_Zombi http://www.budiey.com/filem-kl-zombie-selesai-suda... http://www.budiey.com/kl-zombie/ http://galaksi-media.com/hiburan-kl-zombi-serang-p... http://www.imdb.com/title/tt3132450/ http://screenanarchy.com/2013/06/the-undead-stalk-... http://selebritionline.com/zombie-bakal-melanda-ma... http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?searc... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=09... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...