KRI_Singa

KRI Singa (651) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda anti kapal selam yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.Kapal KRI Singa milik Indonesia merupakan kapal kelas Andau (PB 57 Mk II) jenis kapal peronda anti kapal selam. KRI Singa memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Singa dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 1988. KRI Singa merupakan kapal yang dipertingkatkan keupayaannya berbanding kelas kapal sebelumnya. Sebahagian peralatan dan badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. Ia dibina oleh syarikat binaan Lurssen, Vegesack, Jerman dan P.T. PAL SY, Surabaya. Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Andau, KRI Singa, KRI Tongkak, dan KRI Ajak.KRI Singa mempunyai 53 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Singa dilengkapi untuk misi anti kapalselam"anti-submarine warfare".Kapal KRI Singa sepanjang 58.1 m; 7.62meter * 2.75meter ( 190.6 kaki panjang * 25 kaki * 9 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 27.25. KRI Singa mempunyai seseran 423 tan penuh.