KRI_Tongkak

KRI Tongkak (652) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia kelas Andau (PB 57 Mk II) jenis kapal peronda anti kapal selam. Sebahagian peralatan dan badan kapal dibina oleh Lurssen, Vegesack, Jerman dan dipasang oleh P.T. PAL SY, Surabaya di Indonesia. Dilancarkan pada 1989, KRI Tongkak merupakan kapal yang dipertingkatkan keupayaannya berbanding kelas kapal sebelumnya. KRI Tongkak mempunyai 53 orang anak kapal termasuk pegawai dan diperlengkap untuk perang anti kapal selam.Kapal KRI Tongkak sepanjang 58.1 meter; 7.62 meter x 2.75 meter (190.6 kaki panjang x 25 kaki x 9 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 27.25. KRI Tongkak mempunyai seseran 423 tan panjang.Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Andau, KRI Singa, KRI Tongkak, dan KRI Ajak.