Tan panjang (
bahasa Inggeris: long ton (L/T)), kekadang dikenali sebagai
tan kasar (gross ton),
tan berat (weight ton), atau
tan imperial (imperial ton), ialah nama untuk unit yang dipanggil "
tan" dalam sistem ukuran
Avoirdupois atau
imperial, sebagaimana digunakan di
United Kingdom dan banyak
negara-negara Komanwel yang lain. Ia adalah sama dengan 2,240
paun (tepat sama dengan 1,016.0469088
kilogram).Tan panjang telah digantikan dengan
tan metrik, tetapi masih digunakan secara terhad di
Amerika Syarikat, khususnya untuk mengukur
sesaran kapal. Ia merupakan unit yang ditetapkan untuk
kapal perang (umpamanya, kapal-kapal perang yang dihadkan pada 35,000 tan) dalam perjanjian-perjanjian antarabangsa antara kedua-dua Perang Dunia.Tan piawai dalam
sistem ukuran Amerika Syarikat ialah
tan pendek yang sama dengan 2,000
paun (tepat sama dengan 907.18474 kg). Kedua-dua tan panjang dan tan pendek ditakrifkan sebagai 20
ratus berat, akan tetapi satu ratus berat ialah 112 paun (sama dengan 8
ston) dalam
sistem imperial (ratus berat panjang atau kasar) dan 100 paun dalam sistem Amerika Syarikat (ratus berat pendek atau bersih).Satu
tan-daya panjang ialah 2,240
paun-daya (9,964
newton).