Kabinet_Ismail_Sabri_Yaakob

Kabinet Malaysia 2021 atau Kabinet Ismail Sabri dibentuk pada 30 Ogos 2021[1] selepas Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 21 Ogos 2021[2]. Kabinet ini juga dikenali sebagai Kabinet Keluarga Malaysia.[3][4]Pentadbiran semasa kabinet ini menggabungkan 4 pihak politik utama iaitu Barisan Nasional yang mempunyai 4 parti komponen[5], Perikatan Nasional yang mempunyai 5 parti komponen[6], Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai 4 parti komponen[7], dan Parti Bersatu Sabah[8]. Kabinet Ismail Sabri juga disokong oleh Ahli Parlimen Bebas. Secara keseluruhannya, ia mengekalkan majoriti anggota Kabinet Muhyiddin[9] dengan sedikit rombakan dalam beberapa portfolio.

Kabinet_Ismail_Sabri_Yaakob