Sejarah Kabul

Kabul telah berusia 3000 tahun. Ia terletak dalam Laluan Sutera di selatan dan Asia Tengah. Pada 1506 Babur telah membina ibu kota Kabul bagi Empayar Mughal. Pada 1776 pula, Timur Shah Durani telah membina Kabul menjadi sebuah ibu kota moden. Penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik dan pelbagai budaya . Kabul dalam pembinaan semula selepas era peperangan.

Sejarawan menyatakan Kabul telah wujud antara tahun 2000 hingga 1500 sm. Dalam buku Rig Veda yang dikarang sekitar 1700-1100 sm , istilah "Kubhā" merujuk kepada Sungai Kabul yang menjadi petempatan Kabura oleh Achaemenids sekitar 300 sm. Kabul juga berasal dari istilah 'Chabolo'. Menurut bahasa Sanskrit, Kabul berasal dari istilah Kamboj.