Kebudayaan Kabupaten_Banyuwangi

Selain daripada merupakan daerah perlintasan dari Jawa ke Bali, Kabupaten Banyuwangi juga merupakan daerah pertemuan untuk berbagai-bagai jenis kebudayaan daripada berbagai-bagai wilayah. Budaya masyarakat Banyuwangi diwarnai oleh kebudayaan Jawa, Bali, Madura, Melayu, dan Eropah yang akhirnya membentuk sebuah kebudayaan tempatan yang tidak pernah ditemui di mana-mana wilayah di Pulau Jawa.dan budaya osing masih dominan diberbagai tempat di banyuwangi

Seni tradisional

Seni tradisional khas Banyuwangi termasuk:

Jenis kesenian tadi merupakan sebagian dari kesenian khas Banyuwangi yang masih hidup dan berkembang di kalangan masyarakat setempat.

Muzik khas Banyuwangi

Gamelan Banyuwangi yang khususnya digunakan dalam tarian Gandrung memiliki keistimewaan tersendiri, dengan adanya dua buah biola yang salah satunya dijadikan pemimpin lagu. Menurut sejarahnya, seorang Eropah menyaksikan pertunjukan Gandrung yang diiringi dengan suling pada sekitar abad ke-19 dan mencuba menyelaraskannya dengan biola yang dibawanya. Irama yang dihasilkan oleh biola menyayat hati para penonton dan sejak itu, biola mulai menggantikan suling kerana ia dapat menghasilkan nada-nada yang tinggi yang tidak dapat dihasilkan oleh suling.

Alat-alat muzik tradisional yang digunakan untuk gamelan Banyuwangi adalah seperti yang berikut:

  • Kluncing,  iaitu alat muzik berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kawat besi tebal, dan dibunyikan dengan alat pemukul yang diperbuat daripada bahan yang sama.
  • Kendhang  yang hampir serupa dengan kendhang yang digunakan dalam gamelan Sunda dan Bali. Biasanya berjumlah satu atau dua, fungsi khendhang ialah sebagai pemimpin muzik.
  • Kethuk  yang diperbuat daripada besi berjumlah dua buah dan dibuat dengan berbagai-bagai ukuran, sesuai dengan larasannya. "Kethuk estri" (feminin) adalah yang besar, dan dalam gamelan Jawa dipanggil Slendro, manakala "kethuk jaler" (maskulin) dilaraskan lebih tinggi satu not. Fungsi kethuk di sini bukan sekadar sebagai alat penguat atau penjaga irama seperti dalam gamelan Jawa, tetapi ia juga bergabung dengan kluncing untuk mengikut irama kendhang.
  • Kempul  dalam gamelan Banyuwangi (khususnya Gandrung) hanya terdiri daripada sebuah alat gong besi yang kekadang diselingi dengan "saron bali" dan angklung.

Selain daripada gamelan untuk tarian Gandrung ini, gamelan yang digunakan untuk pertunjukan Angklung Caruk agak berbeza dengan gamelan Gandrung kerana adanya angklung buluh yang dilaraskan, sesuai tinggi nadanya. Untuk gamelan patrol, semua alat muziknya diperbuat daripada buluh manakala untuk pertunjukan Janger, digunakan gamelan Bali dan Rengganis, gamelan Jawa yang lengkap. Khususnya seni Hadrah Kunthulan menggunakan rebana, beduk, kendhang, biola dan kekadangnya bonang (dipanggil "reong" dalam gamelan Bali).

Pemodenan juga tidak terelakkan seni muzik Banyuwangi, dengan kemunculan berbagai-bagai kelainan muzik yang merupakan padanan-padanan tradisional dan moden, seperti Kunthulan Ciptaan, Gandrung Ciptaan, Kendhang Kempul Ciptaan dan Janger Campursari. Padanan-padanan tersebut memasukkan unsur-unsur elektronik ke dalam muziknya dan menjadi seni-seni yang popular di kalangan masyarakat. Namun demikian, sesetengah pakar kebudayaan berasa risau bahawa seni-seni tersebut akan menjejaskan kesenian klasik yang sudah berkembang selama beratus-ratus tahun.