Sejarah Kabupaten_Banyuwangi

Sejarah Banyuwangi tidak terlepas daripada sejarah Kerajaan Blambangan. Pada pertengahan abad ke-17, Banyuwangi merupakan sebahagian daripada Kerajaan Blambangan yang diketuai oleh Pangeran Tawang Alun. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) menganggap Blambangan sebagai salah satu wilayah kekuasannya dari segi pentadbiran, atas dasar penyerahan kekuasaan bahagian timur Jawa (termasuk Blambangan) oleh Pakubuwono II kepada SHTB. Namun SHTB tidak pernah benar-benar menggunakan kuasanya sehingga akhir abad ke-17 apabila pemerintah Inggeris menjalin hubungan perdagangan dengan Kerajaan Blambangan. Daerah yang sekarang dikenali sebagai Komplek Inggeris ialah tempat pejabat perdagangan pemerintah Inggeris.

Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) bergerak dengan segera untuk menuntut kekuasaanya ke atas Blambangan pada akhir abad ke-17 dan dengan itu, mengakibatkan perang besar selama lima tahun (1767-1772). Dalam peperangan itu, terdapat satu pertempuran yang dahsyat yang disebut Puputan Bayu kerana ia merupakan usaha terakhir Kerajaan Blambangan untuk melepaskan diri daripada belenggu SHTB. Pertempuran Puputan Bayu berlaku pada 18 Disember 1771 yang akhirnya ditetapkan sebagai hari jadi Banyuwangi. Namun pada akhirnya, SHTB-lah yang mencapai kemenangan dengan dilantiknya R. Wiroguno I (Mas Alit) sebagai bupati Banyuwangi yang pertama dan dengan itu, menandakan kejatuhan kerajaan Blambangan.perang bayu yg dipimpin ki Rempeg akhirnya kalah karena gempuran gabungan laskar yang dimpin oleh VOC .dan sisa sisa laskar berserakan melarikan diri dan sekarang lebih dikenal dengan sebutan WONG OSING.