Kabupaten_Sleman
Kabupaten_Sleman

Kabupaten_Sleman

Kabupaten Sleman ialah sebuah kabupaten di provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Ibu kotanya Sleman. Dengan pendapatan kasar daerah sebanyak Rp. 52,978,731,000 pada tahun 2005, Kabupaten Sleman merupakan kabupaten yang terkaya di provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta. Sleman juga dikenali sebagai tempat asal untuk buah salak pondoh.Pusat pemerintahan di Kecamatan Sleman berada di lebuh raya utama antara Yogyakarta dan Semarang. Pentabdiran untuk berbagai-bagai institusi pendidikan tinggi di Yogyakarta berpusat di wilayah kabupaten ini, antaranya Universiti Gadjah Mada, Universiti Negeri Yogyakarta, Universiti Islam Negeri (IAIN Sunan Kalijaga) Yogyakarta, Universiti Islam Indonesia, Universiti Sanata Dharma Yogyakarta, Universiti Pembangunan Nasional "Veteran" Yogyakarta, Universiti Atmajaya Yogyakarta, dan STIE YKPN Yogyakarta.