Kacang_hazel
Kacang_hazel

Kacang_hazel

Kacang hazel adalah kacang pokok hazel dan oleh itu termasuklah mana-mana terbitan kacang daripada spesies genus Corylus, terutama kacang spesies Corylus avellana. Ia juga dikenali sebagai kacang bongkah atau kacang filbert mengikut spesis.[1] Spesis bongkah adalah lebih kurang sfera ke bujur, kira-kira 15–25 milimeter (0.59–0.98 in) panjang dan 10–15 milimeter (0.39–0.59 in) diameter, dengan sekam berserabut luar sekitar kulit yang licin. Filbert adalah lebih panjang, yang kira-kira dua kali lebih panjang diameternya. Kacangnya akan terjatuh keluar daripada sekam apabila masak, lebih kurang tujuh hingga lapan bulan selepas pendebungaan. Isirong biji benihnya boleh dimakan dan digunakan mentah atau dipanggang, atau dikisar menjadi pes. kacang hazel juga digunakan untuk makanan ternakan, begitu juga buah berangan dan buah ok. Benihnya mempunyai kulit coklat gelap nipis yang kadang-kadang dibuang sebelum dimasak.

Kacang_hazel

Lemak 60.75g
- Serabut diet 9.7g
Tenaga 2,629 kJ (628 kcal)
Karbohidrat 16.70g
Air 5.31g
Protein 14.95g
Saiz hidangan 100 g
- Gula 4.34g