Peran Kakap_(perahu)

Di pantai Selangor, kakap digunakan sebagai perahu nelayan, tepatnya dengan nama kakap Jeram. Jeram adalah nama kampung nelayan besar di distrik Kuala Selangor. Namanya boleh ditafsirkan sebagai "Pengintai Jeram".[6]

Untuk aktiviti pelanunan, perahu jenis ini tidak belayar bersendirian dan sentiasa mendampingi penjajap serta digunakan sebagai peninjau dalam aktiviti melanun. Justeru, jika kapal-kapal dagang terserempak perahu jenis ini, sudah pasti akan ada penjajap atau lanong yang bersembunyi di sekitar perairan itu. Kakap juga sesuai digunakan untuk menyusuri pantai dan mudik hingga ke sungai yang bersambung dengan muara taut. Jika berlaku serangan mengejut, kakap mampu mendarat secara mudah di kawasan pantai atau tebing sungai untuk memudahkan anak kapal melarikan dini ke kawasan hutan bakau atau nipah sambil membawa perahu itu bersama. Bagi orang laut pula, mereka menggunakan kakap yang dapat memuatkan 20 orang yang digunakan untuk kegiatan merompak di laut.[7]