Kakawin

Kakawin ialah satu bentuk syair dalam bahasa Jawa Lama (juga dikenali sebagai Kawi), dengan matra yang berasal daripada kesusasteraan Sanskrit.[1] Ditulis dalam bentuk rangkap, ia merupakan puisi naratif yang panjang dan mempergunakan bahasa kesusasteraan yang formal, bukan bahasa vernakular. Pemuisi menggubah dan mempersembahkan kakawin di istana Pulau Jawa Tengah dan Timur antara abad ke-9 hingga abad ke-16,[1] serta juga di Bali.[2] Walaupun kakawin menggambarkan peristiwa dan watak daripada mitologi Hindu, ia melatarkan landskap tempatan dan merupakan sumber maklumat yang kaya tentang masyarakat bersopan-santun di Jawa dan Bali.[3]