Kalau_Hati_Ini_Rama-Rama

Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Selekta Prima di TV2. Drama arahan pengarah Izzman Hafiz Izzauddin ini, membuat pengambaran di Bosnia-Herzegovina sekitar sebanyak 50% yang membabitkan sekitar seramai 15 orang. [1]Semasa 24 hari penggambaran, keadaan cuaca di sana yang boleh dikatakan 80 peratus hujan pada masa itu memberi sedikit masalah kecil, tetapi ia dapat diatasi. Drama ini yang terdiri daripada 13 episod turut dibintangi oleh Yana Samsudin, Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.