Isotop Kalsium

Kalsium mempunyai empat isotop stabil (40Ca dan 42Ca menerusi 44Ca) dan dua isotop tambahan (46Ca dan 48Ca) yang mempunyai separuh hayat yang panjang untuk kebanyakan kegunaan praktikal dan adalah dianggap stabil. Ia juga mempunyai satu isotop kosmogenik, 41Ca radioaktif, yang mempunyai separuh hayat 103,000 tahun. Berbeza dengan isotop-isotop kosmogenik yang dihasilkan pada atmosfera, 41Ca dihasilkan melalui pengaktifan neutron 40Ca. Kebanyakan pembentukannya berada pada meter atasan turus tanah di mana fluks neutron kosmogenik masih lagi cukup kuat. 41Ca memperoleh perhatian tinggi dalam kajian najam kerana ia mereput menjadi 41K, satu penunjuk genting dalam anomali (kejanggalan) sistem suria.

Kalsium semula jadi 97 peratusnya dalam bentuk 40Ca. 40Ca adalah hasil reputan 40K, bersama dengan 40Ar. Sementara pentarikhan K-Ar digunakan dengan meluas dalam sains geologi, kelaziman 40Ca dalam alam semula jadi menghalangnay daripada digunakan untuk tugas pentarikhan. Kaedah yang memanfaatkan spektrometri jisim dan pencairan isotop pepaku ganda dua telah digunakan dalam pentarikhan usia K-Ca.

Rujukan

WikiPedia: Kalsium http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://ods.od.nih.gov/factsheets/calcium.asp http://www.nal.usda.gov/fnic/foodcomp/Data/SR17/wt... http://en.wikipedia.org/wiki/Chemical_elements_dat... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85018768 https://d-nb.info/gnd/4069806-3 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00565069