Kamala Devi Harris (lahir 20 Oktober 1964)
[1] ialah seorang
ahli politik dan
peguam dari
Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai
senator junior Amerika Syarikat bagi negeri
California sejak tahun 2017. Beliau juga merupakan calon
naib presiden Amerika Syarikat bagi
Parti Demokrat pada
pilihan raya presiden A.S. 2020.Dilahirkan di
Oakland, California, Harris merupakan graduan Universiti Howard dan Universiti California, Kolej Undang-Undang Hastings. Beliau memulakan kerjayanya di Pejabat Peguam Daerah Alameda, California sebelum direkrut ke Pejabat Peguam Daerah San Francisco dan kemudian di pejabat Ketua Peguam San Francisco. Pada tahun 2003, beliau terpilih sebagai peguam daerah San Francisco. Beliau juga terpilih sebagai ketua peguam California pada tahun 2010, dan dipilih semula pada tahun 2014.Beliau mengalahkan Loretta Sanchez dalam pilihan raya Senat 2016, sekali gus menjadi wanita Afrika-Amerika kedua dan orang Asia Tenggara-Amerika pertama yang berkhidmat di
Senat Amerika Syarikat.
[2][3] Sebagai senator, Harris telah menyokong reformasi penjagaan kesihatan, taraf kewarganegaraan untuk pendatang tanpa dokumen, Akta DREAM, larangan penggunaan senjata, dan reformasi cukai progresif.
[4]Pada 2019, beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon presiden parti Demokrat. Namun, beliau menarik semula pencalonan tersebut dan menghentikan kempennya pada 3 Disember 2019.
[5] Walaupun begitu, bekas naib presiden,
Joe Biden mengumumkan bahawa beliau telah memilih Harris sebagai gandingannya untuk menjadi calon naib presiden pada 11 Ogos 2020. Beliau ialah orang Afrika-Amerika pertama, Asia-Amerika pertama, dan calon naib presiden wanita ketiga yang bertanding atas tiket parti-parti utama selepas Geraldine Ferraro (1984) dan Sarah Palin (2008).
[6][7][8]