Kamen_Rider_Decade:_All_Riders_vs._Dai-Shocker

Kamen Rider Decade The Movie: All Riders vs. Dai-Shocker (劇場版 仮面ライダーディケイド オールライダー対大ショッカー, Gekijōban Kamen Raidā Dikeido: Ōru Raidā tai Daishokkā, Masked Rider Decade The Movie: All Riders vs. Dai-Shocker) ialah filem adaptasi daripada Siri Kamen Rider tahun 2009 Kamen Rider Decade. Filem ini diterbitkan di pawagam Jepun pada 8 Ogos, 2009, bersama-sama filem Samurai Sentai Shinkenger, Samurai Sentai Shinkenger The Movie: The Fateful War. Frasa terkenal filem ini ialah "Berkumpul melalui masa. Hero terhebat telah dilahirkan!" (時を超えて集結せよ。究極のヒーロームービー誕生!, Toki o koete shūketsu seyo. Kyūkyoku no hīrō mūbī tanjō!) dan "Pertarungan Penentuan Semua Rider!" (オールライダー大決戦!, Ōru Raidā daikessen!). Pada minggu pertama di pawagam, ia dibuka di tempat #1, meninggalkan Harry Potter (#2) dan Pokémon (#3),[1] mengutip lebih 2 bilion yen (kira-kira US$21 Juta) dalam kutipan box office.[2] Ia merupakan filem Kamen Rider yang mencatat kutipan tertinggi setakat ini.