Kamen_Rider_Stronger

Kamen Rider Stronger (仮面ライダーストロンガー, Kamen Raidā Sutorongā, Masked Rider Stronger dalam bahasa Inggeris) ialah siri televisyen tokusatsu Jepun. Program kelima yang dicipta sebagai sebahagian Siri Kamen Rider, siri ditayangkan di TBS dan MBS dari 5 April, 1975 hingga 27 Disember, 1975, bertahan 39 episod, dan disiarkan setiap Sabtu pada 7:00 p.m. Stronger ialah produksi kerjasama antara Ishinomori Productions dan Toei, dan dcipta oleh Shōtarō Ishinomori.