Sinopsis Kami_Orang_KL

Kisahnya bermula apabila Mahmood menawarkan kakaknya, Rafeah untuk tinggal di rumahnya di KL (Kuala Lumpur). Rafeah sekeluarga kelihatan sangat teruja untuk berpindah kerana sering berangan ingin menjadi orang KL. Berjayakah mereka sekeluarga menyesuaikan diri di KL?

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein, yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin.

Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Da. Kekecohan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL.

Hassan, anak lelaki kepada Rafeah juga ingin menjadi penyanyi terkenal. Manakala anak perempuannya pula, Kamsiah memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu.

Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?