Kemudahan Kampung_Assam_Jawa

Pendidikan

SJKC Pui Chi.

Terdapat dua sekolah rendah di Kampung Assam Jawa, iaitu Sekolah Kebangsaan Assam Jawa dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pui Chi.[10] Sekolah rendah yang disebut tadi masing-masing telah diwujudkan sejak tahun 24 Oktober 1892 dan 1936. Manakala pendidikan rendah agama Islam, Kampung Assam Jawa juga menyediakan sebuah sekolah rendah agama, iaitu Sekolah Rendah Agama Assam Jawa berhadapan dengan Balai Penghulu Mukim Api-Api/Ijok. Selain itu, terdapat dua tadika di kampung ini yang dalam kondisi baik.[1]

Keagamaan

Kawasan perkampungan ini mempunyai satu Masjid Kawasan (Masjid Kariah) iaitu diberi nama yang sama dengan kampung ini, Masjid Kampung Assam Jawa dan beberapa buah surau kecil. Binaan Masjid Kampung Assam Jawa berbentuk segi empat dan mempunyai kubah dan menara, dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat Islam.[11] Menurut akhbar Berita Harian terbitan 9 November 1961, Masjid Kampung Assam Jawa baharu telah dibina bagi menggantikan masjid lama yang tidak boleh digunakan lagi kerana ia sudah condongdan memakan kos sebanyak $30,000.[12] Masjid ini dapat menampung lebih kurang 500 jemaah dalam satu-satu masa.[11] Selain itu, terdapat satu binaan tokong dan kuil yang dalam kondisi yang baik.[1]

Lain-lain

Klinik Desa Assam Jawa.

Terdapat cadangan untuk pemasangan lampu jalan berjenis LED dan solar di sekitar jalan raya di Kampung Assam Jawa. Pada masa kini, Kampung Assam Jawa, hanya mempunyai dewan orang ramai yang terletak di hadapan Jalan Kuala Selangor-Kepong .[1] Hampir setiap rumah penduduk mempunyai kemudahan elektrik dan air yang lengkap.[1] Dipetik dari Berita Harian terbitan 19 Januari 1968, kemudahan elektrik di kampung ini telah diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad (Lembaga Letrik Negara) iaitu dengan mendirikan tiang-tiang elektrik bagi bekalan elektrik di sekitar kawasan penduduk.[13] Selain itu, terdapat cadangan untuk menaiktaraf sistem bekalan air, sistem pembetungan dan jalan raya sedia ada di kawasan ini.[14][15] Kampung ini juga dilengkapi dengan sebuah klinik desa dekat persimpangan di Jalan Kapar.[1]

Rujukan

WikiPedia: Kampung_Assam_Jawa http://skajks.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html http://masjid.islam.gov.my/index.php?data=aW5mby1t... http://sds.jpbdselangor.gov.my/desaku/production/d... http://sds.jpbdselangor.gov.my/desaku/production/r... http://web.archive.org/web/20190430084516/https://... http://www.tindakmalaysia.org/online-electoral-map... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Kampu... https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-l... https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-l... https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai...