Kampung_Gentam
Kampung_Gentam

Kampung_Gentam

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Pilah, dalam Negeri Sembilan, iaitu sebuah negeri di Malaysia.Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina). Kampung berhampiran dengan kampung ini adalah Kampung Beting & Parit Tinggi di timur, Kampung Sawah Lebar di selatan, Kampung Tanjung Jati di barat & Kampung Parit di utara. Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta.