Ringkasan Kampung_Girl

Kampung Girl ini mengisahkan tentang seorang pemuda iaitu Ashraff Khairi (Akim Ahmad) yang dipaksa berkahwin dengan sepupu perempuannya yang berasal daripada kampung. Sepupunya itu bernama Ainnur Azmi (Nad Zainal). Ashraff selalu mengejek Ainnur dari kecil hanya kerana Ainnur berasal dari kampung. Dia menggelar Ainnur sebagai 'KAMPUNG GIRL'. Ain terlebih dahulunya mencintai Ash sejak kecil lagi. Lama kelamaan, tanpa Ash sedari, dia sudah mula terpikat dan jatuh cinta dengan Ainnur. Akan tetapi, ego Ash yang tinggi membuat dia tidak mahu mengakuinya. Bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Ash mengalahkan egonya sendiri dan menerima si KAMPUNG GIRL sebagai isterinya??