Nad_Zainal
Nad_Zainal

Nad_Zainal

Farah Nadia binti Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal (lahir 16 Mei 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom Blogger Boy. Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3.[2]Selain peranan lakonan di televisyen, Nad juga terkenal dengan peranan lakonannya di dalam filem cereka termasuk Kami Histeria (2014) dan siri filem Juvana (2015-16). Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014,[3] Festival Filem Malaysia ke-27 bagi Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan Anugerah Skrin 2015 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama).[4] Melangkaui kerjaya hiburannya, Nad menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 2016.[5]

Nad_Zainal

Pekerjaan Pelakon, model
Pasangan Muhammad Faliq Amirullah (berkahwin 2015)
Anak Fahad Ibrahim
Tahun aktif 2008–kini
Kelahiran Farah Nadia binti Zainal Abidin
(1990-05-16) 16 Mei 1990 (umur 29)
Kajang, Selangor, Malaysia
Kediaman Taman Melawati, Shah Alam, Selangor

Rujukan

WikiPedia: Nad_Zainal http://www.astroawani.com/berita-hiburan/zizan-raz... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1329099 http://www.budiey.com/filem-aku-haus-darah-mu/ http://www.budiey.com/senarai-penuh-top-5-anugerah... http://galaksi-media.com/semasa-femesxnadzainal-na... http://www.gempak.com/artikel/657/alahai-comel-sun... http://www.gempak.com/artikel/728/nad-zainal-selam... http://www.gempak.com/artikel/9962/nad-zainal-deda... http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/nad-zain... http://www.imdb.com/name/nm8313914/