Bukan_Bidadari

Bukan Bidadari ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2012 arahan Faisal Ishak dengan skrip ditulis oleh Zuli Ismail, ia mengisahkan Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut yang sanggup menghancurkan hidupnya. Dibintangi oleh Nad Zainal, Azlee Khairi dan Sharnaaz Ahmad, siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 dari 19 Jun 2012 hingga 18 September 2012 menggantikan 3 Janji.[1][2]