Sejarah Kampung_Muhibbah_Raya

Pada April 2021, sebuah protes terbit di kawasan perkampungan itu yang berlaku akibat tekanan penduduk kampung atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dilaksanakan di sana; para pemprotes bukan berasal daripada kampung itu. Susulan daripada protes itu, tujuh orang ditahan atas Kanun Keseksaan, Ordinan Darurat 2021 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.[1] Terdapat juga dawkaan unsur keganasan polis oleh beberapa pihak seperti dakwaan oleh pertubuhan bukan kerajaan, BERSIH, tetapi disangkal pihak polis.[2] Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew berkata bahawa bantuan bekalan makanan sedang disiapkan walaupun hanya akan diberi sekurang-kurangnya seminggu selepas insiden itu.[3]