Kemudahan Kampung_Pandan,_Brunei

Perumahan

Selain daripada kediaman persendirian dan perumahan swasta, Kampung Pandan juga menempatkan Perumahan Negara Pandan, salah satu kawasan perumahan awam di Brunei di bawah program Rancangan Perumahan Negara. Program ini memberi peluang kepada rakyat Brunei untuk memiliki kediaman sendiri.[4]

Pendidikan

Terdapat dua buah sekolah menengah di Kampung Pandan, iaitu Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali. Sekolah Menengah Sayyidina Ali juga menempatkan pendidikan tingkatan enam bagi Daerah Belait. Kampung Pandan juga mempunyai dua buah sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin dan Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien. Manakala pendidikan rendah agama Islam, yang mana ianya wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei,[5] disediakan di Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin dan Sekolah Ugama Sayyidina Ali.[6] Masing-masing berkongsi tempat dengan sekolah rendah dan sekolah menengah dengan nama-nama yang serupa.

Tempat beribadat

Kampung Pandan mempunyai sebuah masjid iaitu Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampong Pandan. Masjid ini mula digunakan pada tahun 1996 dan dapat menampung lebih kurang 1,100 jemaah.[7]

Lain-lain

Terdapat sebuah perpustakaan awam di Kampung Pandan: Perpustakaan Kampong Pandan dibuka rasmi pada tahun 2006 dan mempunyai sebuah koleksi bahan bacaan khusus berkaitan dengan Syarikat Minyak Brunei Shell.[8]

Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan merupakan sebuah dewan serbaguna bagi penduduk Kampung Pandan mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Rujukan

WikiPedia: Kampung_Pandan,_Brunei http://belait.gov.bn/Lists/Direktori%20Penghulu%20... http://www.dbplibrary.gov.bn/Themed/perp_pandan.ht... http://www.kheu.gov.bn/SenaraiMasjid/Forms/DispFor... http://www.kheu.gov.bn/SitePages/Senarai%20Sekolah... http://www.mod.gov.bn/housing/bm/SitePages/Mengena... http://post.gov.bn/SitePages/postcodes.aspx http://survey.gov.bn/web/survey_department/map //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=K... https://mediapermata.com.bn/perkasa-pendidikan-isl...