Pentadbiran Kampung_Pandan,_Brunei

Kawasan Kampung Pandan secara rasmi dipecahkan kepada tiga kampung iaitu Kampung Pandan 'A', Kampung Pandan 'B' dan Kampung Pandan 'C'.[1] Mereka merupakan pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah; kampung-kampung tersebut adalah di bawah Mukim Kuala Belait. Setiap pecahan kampung mempunyai seorang ketua kampung yang bertanggungjawab terhadap penduduk di setiap kawasan tersebut.[2] Kampung-kampung tersebut juga merupakan kawasan poskod; poskod-poskod bagi Kampung Pandan 'A', Kampung Pandan 'B' dan Kampung Pandan 'C' ialah KA1931, KA2931 dan KA2131.[3]

Kampung Pandan juga merupakan sebahagian dari kawasan bandaran Pekan Kuala Belait. Kampung Pandan, sebahagian kawasan Mumong dan Pekan Kuala Belait adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, badan pentadbir pekan tersebut.[petikan diperlukan]

Rujukan

WikiPedia: Kampung_Pandan,_Brunei http://belait.gov.bn/Lists/Direktori%20Penghulu%20... http://www.dbplibrary.gov.bn/Themed/perp_pandan.ht... http://www.kheu.gov.bn/SenaraiMasjid/Forms/DispFor... http://www.kheu.gov.bn/SitePages/Senarai%20Sekolah... http://www.mod.gov.bn/housing/bm/SitePages/Mengena... http://post.gov.bn/SitePages/postcodes.aspx http://survey.gov.bn/web/survey_department/map //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=K... https://mediapermata.com.bn/perkasa-pendidikan-isl...