Kampung_Subok,_Temburong

Kampung Subok ialah sebuah kampung dalam Mukim Bangar di Daerah Temburong, Brunei. Ia terletak kira-kira 1.6 kilometer (0.99 batu) dari Pekan Bangar.[petikan diperlukan] Poskod bagi Kampung Subok ialah PA4951.[1]Ia didiami oleh seramai 5 buah keluarga dan terdapat 3 buah rumah, iaitu 2 buah terletak di seberang sungai Temburong kepunyaan dua keluarga puak Iban. Di atas bukit kawasan Kampung Subok ada terdapat satu kawasan yang dinamakan Batu Ajung.