Sejarah Kampung_Sungai_Purun

  • Kampung ini mendapat nama dari sebuah sungai kecil selebar 2 meter dan dalam 0.5 meter dalam yang mengalir ke Sungai Semenyih. Purun ialah sejenis pokok, daunnya boleh dibuat tikar, bentuknya bukan seperti mengkuang atau pandan, tapi seperti tebrau. Boleh dianyam menjadi tikar.
  • 1948-1956 Satu sekatan yang dinamakan Bangi Gate dibina di Jalan Bangi Lama berhampiran dengan kedai Ang Giap sekarang. Bangi Gate dibuat daripada dawal berduri dan sesiapa tidak boleh melintasinya dari jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi. Setinggan Cina terutamanya yang dipindahkan ke Kampung Baru Semenyih, mestlah diperiksa terlebih dahulu sama ada mereka membawa susu lembu, beras, ubat atau apa-apa bahan di dalam tong susu getah atau di dalam anak baju perempuan. Sebuah khemah atau trak tentera berdinding canvas digunakan untuk memeriksa perempuan yang dicurigai. Kebanyakan mereka sebagai penoreh getah di Ladang Sungai Purun. Ladang Sungai Purun telah dijadikan zon industri Jalan Bangi Lama
  • 1950-an pada zaman darurat, satu sekatan jalan raya telah diadakan di Sungai Purun berhampiran dengan rumah Raja __ . Sekatan waktu malam itu dibuat oleh askar yang diketuai oleh seorang tentera British bersama beberapa orang special constable. Seorang pengurus Ladang Sungai Purun yang memandu sebuah kereta balik dari jamuan balik ke rumah di ladangnnya . Kereta yang ditahan oleh tentera tadi tidak mahu berhenti kerana menyangka pengganas komunis membuat sekatan. Pegawai itu ditembak di kepalanya. Ketika itu pemandunya tidak ada bersama .
  • 1954 tentera dari Australia pernah meronda sehingga ke kampung ini pada zaman darurat. Tentera Australia memakai topi koboi yang dilipat sebelah kirinya. Abdul Rafai alias dan Pak Lu Saroji yang berada di sawah Sungai Purun telah disergah oleh tentera Australia. Negara-negara Komanwel terutama Australia dan New Zealand datang ke Persekutuan Tanah Melayu untuk mencari bandit yang berleluasa di sini. Tentera Australia dalam perjalanan dari arah Jenderam ke Semenyih dan Broga.