Ekonomi Kampung_Sungai_Purun

Sebagai sebuah kampung, pada peringkat awal mereka bekerja dalam sektor pertanian iaitu bersawah padi, menoreh getah, berkebun durian, bertani dan sebagainya.

Tetapi selepas tahun 1970-an, ramai daripada mereka bekerja dengan kerajaan sebagai buruh dan kakitangan jabatan kerajaan.

Tahun 1980-an, dengan munculnya kilang-kilang di Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi serta di Kuala Lumpur, sebahagiannya bekerja di kilang seperti pekerja am, pengawal keselamatan dan sedikit dalam bahagian pengurusan kilang.