Kanun_Amerika_Syarikat
Kanun_Amerika_Syarikat

Kanun_Amerika_Syarikat

Kanun Undang-undang Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: Code of Laws of the United States of America;[1] singkatan: USC) atau Kanun Amerika Syarikat sahaja merupakan penyusunan dan pengkanunan rasmi bagi statut-statut persekutuan umum dan tetap Amerika Syarikat. Ia mengandungi 53 judul (judul 1–54, kecuali judul 53 yang dikhaskan).[2][3] Edisi utama diterbitkan setiap enam tahun oleh Pejabat Peguam Semakan Undang-undang Dewan Perwakilan dan bahagian tambahan kumulatif pula diterbitkan pada setiap tahun.[4][5] Versi rasmi untuk undang-undang yang tidak dikanunkan dalam Kanun Amerika Syarikat boleh dijumpai di United States Statutes at Large.