Kapal_pendarat_kereta_kebal
Kapal_pendarat_kereta_kebal

Kapal_pendarat_kereta_kebal

Kapal pendarat kereta kebal (Landing Ship, Tank atau singkatan LST), adalah designasi tentera laut bagi kapal yang dibina semasa Perang Dunia II bagi menyokong operasi amfibia dengan membawa terus kereta kebal, kenderaan, kargo, dan pasukan pendaratan ke pantai dengan tanpa dok atau dermaga. Ia menyediakan serangan amfibia kepada semua pantai. Haluan LST mempunyai pintu besar yang akan terbuka bersama satah condong untuk memunggah turun kenderaan. LST mempunyai lunas datar yang khas untuk membolehkan kapal tersebut mendampar ke pantai dan kekal tegak. Bebaling berkembar dan kemudi mempunyai perlindungan dari terkandas. Kapal LST berkhidmat diserata dunia semasa Perang Dunia II termasuk: Perang Pasifik dan Kancah Eropah.Kapal pendarat kereta kebal pertama telah dibina untuk keperluan British dengan menukarkan kapal yang sedia ada; pihak UK dan AS kemudiannya bekerjasama dengan reka bentuk bersama. Lebih 1,000 buah LST di simpan di Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II untuk digunakan oleh pihak Bersekutu. Lapan puluh lagi di bina di United Kingdom dan Kanada.[1][2][3]