Kapal_tempur_pesisir
Kapal_tempur_pesisir

Kapal_tempur_pesisir

Kapal tempur pesisir (bahasa Inggeris; Littoral Combat Ships atau LCS) adalah sebuah kapal permukaan kecil yang bertujuan untuk digunakan bagi operasi di zon pesisir (hampir dengan pantai). Ia dijangka akan menjadi sebuah penembur permukaan yang halimunan, lincah and berpusat dan berupaya untuk mengalahkan ancaman anti is "envisioned to be a networked, agile, stealthy surface combatant capable of defeating anti-capaian dan asimmetrik di pesisir.".[1] Dua buah kelas kapal contoh telah dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat: iaitu kelas-Freedom dan kelas-Independence. Rekabentuk LCS agak menyamai frigat peluru berpandu di dalam Tentera Laut A.S, dan telah dibandingkan dengan korvet dari pengguna antarabangsa. Walaubagimanapun, rekabentuk LCS telah menambah keupayaan pengangkut penyerang keil dengan dek penerbangan dan hangar yang cukur besar bagi menempatkan dua buah helikopter SH-60 Seahawk, keupayaan untuk mengambil dan menlancarkan bot-bot kecil dari tanjakan buritan, dan ruang kargo dan beban yang cukup bagi mengangkut sepasukan kecil pasukan serbuan bersama-sama kenderaan tempur berperisai ke sebuah kemudahan pelabuhan roll-on/roll-off. Persenjataan standard untuk LCS adalah meriam Mk 110 57 mm, selain peruntukan modul-modul mengandungi Non-Line-of-Sight Launch Systems. Ia juga boleh melancarkan kenderaan udara, permukaan, dan bawah air berautonomi.[2] Meskipun rekabentuk LCS menawarkan keupayaan pertahanan udara dan permukaan-ke-permukaan yang kurang berbanding kapal pembinasa, konsep LCS menekankan kelajuan, ruang modul misi fleksibel dan lunas kecil.

Rujukan

WikiPedia: Kapal_tempur_pesisir http://www.austal.com/ http://defense-update.com/newscast/1107/news/14110... http://www.defenseindustrydaily.com/2005/10/the-us... http://www.defensenews.com/story.php?i=4160683 http://www.lmlcsteam.com/video/day-in-life.html http://www.lockheedmartin.com/wms/findPage.do?dsp=... http://www.naval-technology.com/projects/littoral/ http://www.nytimes.com/2008/04/25/us/25ship.html http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://www.defenselink.mil/Releases/Release.aspx?R...