Kapal_tempur_pesisir_kelas_Maharaja_Lela

Kapal tempur pesisir kelas Maharaja Lela, dahulunya juga dikenali sebagai Kapal Peronda Generasi Baru atau Kapal tempur pesisir adalah sebuah kelas kapal frigat halimunan sebanyak enam buah kapal yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.[1] Kapal ini direka berdasarkan rekabentuk korvet kelas Gowind yang dibesarkan oleh firma DCNS daripada Perancis. Kontrak kapal ini telah dimuktamadkan dengan keputusan kesemua enam buah kapal akan dibina oleh syarikat limbungan kapal tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad untuk Tentera Laut Diraja Malaysia pada harga siling pada RM 9 bilion (AS$2.8 bilion), bermula pada tahun 2015.[6] Kapal kelas ini sepanjang 111 meter panjang dan dengan jumlah sesaran sebanyak 3,100 tan.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_tempur_pesisir_kelas_Maharaja_Lela http://defense-studies.blogspot.com/2014/04/bhic-t... http://www.malaysiandefence.com/2016-budget-defenc... http://www.malaysiandefence.com/?p=4646 http://www.malaysiandefence.com/?p=5330 http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/nava... http://www.navyrecognition.com/index.php?option=co... http://www.navyrecognition.com/index.php?option=co... http://www.navyrecognition.com/index.php?option=co...