Kassandra
Kassandra

Kassandra

Kassandra (Yunani Purba: Κασσάνδρα, juga Κασάνδρα), (kadangkala dipanggil Alexandra), ialah seorang wanita dalam mitos Yunani yang disumpah untuk mengungkap ramalan yang nyata namun tiada siapa akan percayanya. Dari segi bahasa dan kiasan, nama beliau digunakan sebagai sarana retoris (rhetorical device) untuk melabelkan seseorang yang mengungkapkan ramalan atau tanggapan yang akan berlaku tetapi tidak dipercayai sesiapa pun.Kassandra dikatakan ialah seorang anak perempuan kepada Raja Priam dan Ratu Hecuba dari Troy. Versi cerita yang lebih tua dan sering dijumpai mengatakan bahawa beliau telah menawan hati dewa Apollo, yang menganugerahkannya kurniaan untuk melihat masa depan sebagai hadiah. Kassandra berjanji akan tunaikan asmara yang Apollo ingini, tetapi setelah mendapat kurniaan tersebut Kassandra mungkir janji dan menolak lamaran sang dewa. Dewa Apollo pun murka namun tidak dapat menarik kuasa tersebut, jadi dia menyumpah supaya tiada sesiapa pun akan percaya ramalan yang diungkapkan Kassandra.Versi-versi yang lebih lewat mengatakan bahawa Kassandra tertidur di sebuah kuil, dan seekor ular menjilat (atau berbisik) telinganya supaya dia dapat pandangan masa depan.[lower-alpha 1]Kassandra menjadi seorang tokoh dalam siklus epik dan tragedi.