Kata_dasar

Kata dasar untuk kata kerja lantik ialah lantik: ia merupakan bahagian yang sepunya kepada semua kelainan fleksi.Kata dasar dalam bidang linguistik ialah sebahagian perkataan. Bagaimanapun, istilah ini telah digunakan dengan makna-makna yang sedikit berbeza. Dalam satu penggunaan, "kata dasar" ialah bentuk yang imbuhan dapat dibubuh.[1] Justera, dalam penggunaan ini, perkataan Inggeris, friendships, mengandungi kata dasar friend yang imbuhan -ship telah dibubuh untuk membentuk kata dasar yang baharu, iaitu friendship. Akhiran fleksi, -s, kemudian boleh dibubuh. Dalam suatu kelainan penggunaan ini, akar kata untuk perkataan ini (misalnya, friend) tidak diambil kira sebagai kata dasar.Dalam suatu penggunaan yang sedikit berbeza dan yang digunakan dalam bahagian rencana ini yang berikut, sesuatu perkataan mempunyai satu kata dasar tunggal, iaitu satu bahagian perkataan yang sepunya untuk semua kelainan fleksi.[2] Justera, dalam penggunaan in, semua imbuhan merupakan sebahagian kata dasar, misalnya, kata dasar untuk friendships ialah friendship, dengan imbuhan fleksi -s dibubuh.Kata dasar bukan sahaja boleh merupakan akar kata, misalnya, run dalam bahasa Inggeris, tetapi ia juga dapat bersifat kompleks daripada segi morfologi seperti kata majmuk (misalnya, kata nama majmuk "kereta api" atau "antarabangsa") atau perkataan dengan morfem terbitan (misalnya, kata kerja terbitan, "melembing" dan "memiawaikan"). Oleh itu, kata dasar untuk kata nama Inggeris yang kompleks, photographer, ialah photo·graph·er, dan bukan photo. Akar kata untuk bentuk kata kerja Inggeris, destabilized ialah stabil-, satu bentuk stable yang tidak dapat wujud bersendirian. Kata dasar de·stabil·ize merangkumi imbuhan de- dan -ize, tetapi tidak merangkum akhiran kala lampau fleksi, -(e)d, iaitu kata dasar ialah sebahagian perkataan yang imbuhan dibubuh.Penggunaan perkataan "kata dasar" yang tepat bergantung kepada morfologi sesuatu bahasa. Misalnya, dalam linguistik Athabaska, kata dasar kerja ialah akar kata yang tidak boleh wujud secara sendirian dan yang menyampaikan nada perkataan itu. Kata kerja Athabaska biasa mempunyai dua kata dasar dalam analisis ini, dengan setiapnya didahului oleh awalan.