Kawalan_Kelahiran

Kawalan kelahiran, juga dikenali sebagai pencegahan hamil dan kawalan kesuburan, merupakan kaedah atau peranti yang digunakan untuk mencegah kehamilan.[1] Merancang, menyediakan, dan menggunakan kawalan kelahiran disebut perancangan keluarga.[2][3] Kaedah kawalan kelahiran sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi, tetapi kaedah yang efektif dan selamat hanya boleh didapati pada abad ke-20.[4] Beberapa budaya membataskan atau tidak menggalakkan capaian kepada kawalan kelahiran kerana mereka menganggapnya tidak diingini dari segi moral, agama atau politik.[4]Kaedah kawalan kelahiran yang paling efektif ialah pemandulan dengan cara vasektomi bagi kaum lelaki dan pengikatan tiub bagi kaum wanita, alat kontraseptif dalam rahim (IUD), dan kawalan kelahiran boleh tanam. Ini diikuti oleh sebilangan kaedah berasaskan hormon termasuk pil oral, tampalan, cincin vagina, dan suntikan. Kaedah yang kurang efektif termasuk halangan fizikal seperti kondom, diafragma dan span kawalan kelahiran serta kaedah kesedaran kesuburan. Kaedah yang paling kurang efektif ialah spermisid dan gangguan persetubuhan oleh pasangan lelaki sebelum ejakulasi. Walaupun pemandulan amat efektif, ia biasanya tidak boleh dibalikkan; semua kaedah lain boleh dibalikkan, kebanyakan daripadanya secara serta merta sebaik sahaja berhenti menggunakannya..[5] Seks selamat, seperti menggunakan kondom perempuan atau lelaki juga dapat membantu mencegah jangkitan hubungan seksual.[6][7] Kawalan kelahiran kecemasan dapat mencegah kehamilan dalam beberapa hari selepas hubungan seks yang tidak dilindungi.[8] Sesetengah golongan menganggap tidak membuat hubungan seks sebagai kawalan kelahiran, tapi pendidikan seks penghindaran sahaja boleh meningkatkan kehamilan remaja apabila diberikan tanpa pendidikan tentang kawalan kelahiran disebabkan oleh ketidakpatuhan.[9][10]Dalam kalangan remaja, kehamilan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk hasil yang lemah. Pendidikan seks yang menyeluruh dan capaian kepada kawalan kelahiran menurunkan kadar kehamilan tidak dingini dalam kelompok umur ini.[11][12] Walaupun semua bentuk kawalan kelahiran boleh digunakan oleh orang-orang muda,[13] kawalan kelahiran tindakan lama boleh dibalikkan seperti implan, IUD, atau cincin vagina memberi manfaat tertentu dalam mengurangkan kadar kehamilan remaja.[12] Selepas bersalin, wanita yang tidak menyusukan anak secara eksklusif boleh hamil semula selepas seawal empat hingga enam minggu. Beberapa kaedah kawalan kelahiran boleh dimulakan serta merta selepas kelahiran, sementara kaedah lain memerlukan masa sehingga enam bulan. Dalam kalangan wanita yang menyusukan anak, kaedah progestin sahaja lebih diutamakan daripada gabungan pil kawalan kelahiran oral. Bagi wanita yang sudah menopaus, mereka dinasihatkan supaya terus mengamalkan kawalan kelahiran selama setahun selepas haid yang terakhir.[13]Kira-kira 222 juta wanita yang ingin mengelak daripada hamil di negara sedang membangun tidak menggunakan kaedah kawalan kelahiran moden.[14][15] Penggunaan kawalan kelahiran di negara sedang membangun sudah menurunkan bilangan kematian sepanjang atau sewaktu kehamilan sebanyak 40% (kira-kira 270,000 kematian dicegah pada tahun 2008) dan dapat mencegah 70% sekiranya permintaan penuh kawalan kelahiran dipenuhi.[16][17] Dengan memanjangkan masa antara kehamilan, kawalan kelahiran dapat menambah baik hasil kelahiran wanita dewasa dan daya hidup anak-anak mereka.[16] Di negara membangun, pendapatan, aset, berat wanita, dan persekolahan serta kesihatan anak-anak mereka meningkat dengan capaian yang lebih baik kepada kawalan kelahiran.[18] Kawalan kelahiran meningkatkan pertumbuhan ekonomi kerana semakin sedikit bilangan anak yang bergantung kepada mereka, lebih ramai wanita menyertai tenaga kerja, dan kurang menggunakan sumber yang sukar didapati.[18][19]

Rujukan

WikiPedia: Kawalan_Kelahiran http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articl... http://www.nature.com/clpt/journal/v84/n6/full/clp... http://www.oed.com/view/Entry/19395 http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/P... http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/P... http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/P... http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/P... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC115855 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12065267 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18923389