Kehamilan adalah keadaan membawa satu atau lebih
embrio atau
fetus oleh
mamalia betina, termasuk
manusia, dalam
tubuh mereka. Dalam kehamilan, kemungkinan berlaku kehamilan serentak (sebagai contoh, dalam kes
kembar dua, atau kelahiran kembar lebih dari dua). Kehamilan manusia juga merupakan kehamilan yang paling dikaji diantara kesemua kehamilan
mamalia.Kehamilan manusia berlansung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan kelahiran (38 minggu dari tempoh
persenyawaan). Istilah perubatan bagi wanita mengandung adalah genetalian, sebagaimana istilah perubatan bagi bayi adalah
embrio (minggu awal) dan kemudiannya
fetus (sehingga lahir). Wanita yang hamil buat kali pertama dikenali sebagai
primigravida atau gravida 1: seorang wanita yang tidak pernah mengandung adalah dikenali sebagai satu gravida 0; serupa dengan istilah
para 0, para 1 untuk penghamilan kali kedua dan seterusnya.Dalam takrif-takrif perubatan dan sah dalam masyarakat, kehamilan insani adalah agak secara arbitrari terbahagi kepada tiga tempoh
trimester, sebagai satu cara untuk memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat. Trimester pertama ialah tempoh di mana risiko tertinggi
keguguran (kematian biasa embrio atau fetus) boleh berlaku. Trimester kedua ialah semasa perkembangan fetus boleh mula dipantau dan didiagnosis. Trimester ketiga ialah permulaan kebolehhidupan seseorang insani, atau kebolehan fetus untuk terus hidup, dengan atau tanpa bantuan perubatan, dan berada di luar rahim ibu.