Kawasan

Kawasan secara amnya ialah permukaan tanah atau air yang sederhana luasnya tetapi lebih besar daripada tapak. Umumnya, ia merupakan sebahagian daripada seluruh permukaan yang dikaji, misalnya, dunia, negara, lembangan, banjaran gunung, dan sebagainya, atau "kawasan New England di Amerika Syarikat". Kawasan juga boleh dilihat sebagai sekumpulan unit yang lebih kecil (misalnya negeri-negeri New England). Ia juga boleh ditakrifkan menerusi ciri fizikal, ciri manusia, atau ciri fungsi.Kawasan merupakan istilah geografi yang paling umum digunakan oleh cabang-cabang geografi yang berbeza, dengan setiap cabang memerihalkan permukaan yang dikaji daripada segi kawasan. Misalnya, ekokawasan ialah istilah yang digunakan dalam bidang geografi alam sekitar, kawasan budaya dalam geografi budaya, dan biokawasan dalam biogeografi. Dalam bidang geografi fizikal, ekologi, biogeografi, zoogeografi, dan geografi alam sekitar, kawasan cenderung berdasarkan ciri semula jadi seperti ekosistem atau biotop, biom, lembangan saliran, banjaran gunung, jenis tanah, dan sebagainya. Bidang geografi yang mengkaji kawasan pada dirinya dikenali sebagai geografi kawasan.