The
Kawasan Chūgoku (
中国地方, Chūgoku-chihō) atau
San'in-San'yō (山陰山陽地方, San'in san'yō-chihō) ialah kawasan paling barat di
Honshū, pulau terbesar
Jepun. Kawasan ini terdiri daripada wilayah-wilayah
Hiroshima,
Yamaguchi,
Shimane,
Tottori, dan
Okayama.Nama Chūgoku secara harfiahnya bererti "negara tengah", iaitu tinggalan sejarah pembahagian Jepun kepada "negara dekat" (近国 kingoku, kini dikenali sebagai
Kinki), "negara tengah" (chūgoku), dan "negara jauh" (遠国 ongoku), berdasarkan jarak dari
ibu negara Nara atau
Kyoto. Sebetulnya, kawasan Chūgoku hari ini hanya meliputi negeri-negeri tengah di barat Kyoto, sepanjang jalan-jalan
San'indō (山陰道) dan
San'yōdō (山陽道).Dalam
bahasa Jepun, aksara 中国 dan lafazan Chūgoku juga bermaksud "
China". Dua
aksara ini digunakan dalam
bahasa Cina untuk nama China juga, dengan sebutan Zhōngguó dan erti harfiah "negara tengah".Untuk membezakan "kawasan Chūgoku" dengan China, kawasan Chūgoku juga dikenali sebagai "
San'in-San'yō".
San'in (
yin gunung) ialah bahagian utara yang menghadap
Laut Jepun, iaitu "sebelah utara
Pergunungan Chūgoku".
San'yō (
yang gunung) ialah bahagian selatan yang menghadap
Laut Pedalaman, iaitu "sebelah selatan Pergunungan Chūgoku". Nama-nama ini berasal dari konsep
yin dan yang, yang mana yin bererti utara gunung atau selatan sungai, manakala yang bererti selatan gunung atau utara sungai.