Sejarah Kawasan_Persemakmuran_Bersama_Asia_Timur_Raya

Sepanjang Perang Dunia Kedua, sebahagian negara-negara yang diduduki Jepun diperintah oleh pemerintah boneka yang menzalimi penduduk dan ekonomi semata-mata untuk keuntungan Jepun, dengan menunjuk-nunjukkan Asia yang bersatu tanpa pengaruh negara-negara Eropah. Konsep ini dibuat oleh Angkatan Darat Empayar Jepun berdasarkan buah fikiran Jeneral Hachiro Arita yang waktu itu menjawat jawatan Menteri Luar Negara dan pakar strategi angkatan darat.

Konsep Kawasan Persemakmuran Bersama secara rasminya diumumkan oleh Menteri Luar Negara Matsuoka Yosuke dalam wawancara pers 1 Ogos 1940, namun konsep ini bertahun-tahun sebelumnya telah ada dalam berbagai bentuk. Pemimpin-pemimpin Jepun telah sejak lama tertarik dengan konsep yang dalam kenyataannya dapat memperluas kekuasaan Jepun berdasarkan model negara-negara eropah dengan iming-iming membebaskan Asia daripada imperialisme.

Sebelum mengusir kekuasaan imperialisme Barat dari negara-negara Asia, Empayar Jepun memakai slogan "Asia untuk Orang Asia" untuk mengambil hati penduduk setempat. Slogan tersebut merupakan pernyataan anti-penjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara Timur.[6] Menurut slogan tersebut, negara-negara Asia hanya untuk orang-orang Asia, dan negara-negara Barat tidak ada yang berhak atas negara-negara Asia.

Menurut Perdana Menteri Shigenori Togo, apabila Kawasan Kemakmuran Bersama berjaya diwujudkan, Jepun akan tampil sebagai pemimpin Asia Timur dan Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya ialah nama lain untuk Empayar Jepun.[4] Dokumen rahasia berjudul An Investigation of Global Policy with the Yamato Race as Nucleus yang selesai disusun Pemerintah Jepun pada tahun 1943, secara terang-terangan menyatakan bangsa Jepun lebih unggul daripada bangsa-bangsa Asia lainnya, dan menyarankan agar Kawasan Kemakmuran Bersama dipakai untuk menyamarkan maksud sebenarnya Jepun mendominasi seluruh Asia.[7] Konsep Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya berakhir dengan sendirinya setelah penyerahan Jepun kepada Pihak Bersekutu.

Rujukan

WikiPedia: Kawasan_Persemakmuran_Bersama_Asia_Timur_Raya http://www.researchportal.be/en/project/the-money-... http://books.google.com/books?id=KqNiaX7b4bgC&prin... http://books.google.com/books?id=RpDDxDAxHjEC http://books.google.com/books?id=RpDDxDAxHjEC&pg=R... http://books.google.com/books?id=TnVuAAAAMAAJ&q=Ja... http://books.google.com/books?id=X-Th04d7jj0C&q=Wa... http://books.google.com/books?id=hAZnAAAAMAAJ&q=Fa... http://books.google.com/books?id=hdNsVCZw1JAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=sIIZIgAACAAJ&dq=P... http://ww2db.com/battle_spec.php?battle_id=70