Kawasan_Perwakilan_Berkumpulan

Portal PolitikKawasan Undi Perwakilan Berkumpulan[1] (Jawi: كاوسن اوندي ڤرواكيلن بركومڤولن; Bahasa Inggeris: Group Representation Constituency, disingkatkan kepada GRC) adalah sejenis pembahagian atau Kawasan pilihan raya di Singapura di mana satu pasukan calon, berbanding calon–calon perseorangan bersaing untuk dipilih sebagai anggota Parlimen (MP) di Parlimen Singapura. Pemerintah menyatakan bahawa skim GRC dilaksanakan terutamanya untuk memastikan golongan minoriti sentiasa ada perwakilan di Parlimen, di mana sekurang-kurangnya seorang MP bagi GRC mestilah berbangsa Melayu, India atau masyarakat minoriti yang lain di Singapura.[1] Di samping itu, ia adalah berhemah untuk majlis–majlis bandaran, yang menguruskan estet–estet perumahan awam, untuk mengendalikan kawasan–kawasan undi yang lebih besar.Skim GRC diperkenalkan pada 1 Jun 1988. Sebelum tarikh tersebut, kesemua kawasan undi merupakan Kawasan Undi Perseorangan (SMC). Kini, Akta Pilihan Raya Parlimen (Cap. 218, Ed. Semakan 2008) (PEA) menyatakan bahawa mesti ada sekurang-kurangnya lapan SMC dan bilangan MP yang dikembalikan oleh semua GRC tidak boleh kurang daripada seperempat jumlah bilangan MP. Dalam paramater tersebut, jumlah bilangan SMC dan GRC di Singapura serta sempadan-sempadannya adalah tidak tetapu tetapi ditentukan oleh Kabinet, dengan mengambil kira cadangan daripada Jawatankuasa Semakan Pilihan Raya.Menurut Perlembagaan dan PEA, terdapat di antara tiga hingga enam orang MP dalam sesebuah GRC. Bilangan tepat MP bagi setiap GRC diisytiharkan oleh Presiden seperti yang ditetapkan oleh pihak Kabinet sebelum berlangsungnya pilihan raya umum. Bagi maksud pilihan raya umum 2015, terdapat 13 SMc dan 16, di mana setiap GRC mempunyai empat hingga enam orang MP.