Pemerintah_Singapura
Pemerintah_Singapura

Pemerintah_Singapura

Portal PolitikPemerintah Singapura[nota bahasa 1] (Bahasa Inggeris: Government of Singapore) ditakrifkan Perlembagaan Republik Singapura sebagai badan eksekutif yang memerintah negara ini terdiri daripada Presiden dan Kabinet Singapura; Presiden berperanan hanyalah kecil walaupun mengikut budi bicara sendiri memeriksa tindakan pemerintah negara ini. Kabinet Pemerintahlah sebenarnya yang menguruskan pemerintah dengan pimpinan oleh sebuah Perdana Menteri.dibentuk oleh parti politik yang mencapai majoriti asas pada pilihan raya umum yang diadakan di negara pulau ini sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun sebagai sebahagian sistem politik Singapura dan didukung oleh Perkhidmatan Awam Singapura. Kerajaan ini sering kali ditarafkan oleh Transparency International sebagai salah sebuah kerajaan yang paling telus secara politik dan yang paling kurang rasuah di dunia, tetapi juga pernah dikritik kerana intimidasi terhadap pengundi , dan pencabulan kebebasan bersuara. Badan ini dipilih melalui pilihan raya sejak tahun 1959, apabila Singapura mencapai pentadbiran sendiri. Sebelum itu, kerajaan terutamanya sama ada berbentuk pentadbiran penjajah sahaja atau campuran pemerintahan penjajah dan dewan yang separa dipilih, seperti Majlis Perundangan. Parti Tindakan Rakyat sentiasa membentuk majoriti keanggotaan dalam pemerintah dalam setiap pilihanraya sejak tahun 1959.