Dalam bidang
sains sosial, istilah
pemerintah[nota bahasa 1] atau
kerajaan[nota bahasa 2] merujuk kepada para
penggubal undang-undang,
pentadbir, dan
penimbang tara dalam
birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah
negara pada sesuatu waktu yang tertentu (yakni sebuah
pemerintahan -
Tulisan Jawi: ڤمرينتهن) serta juga kepada
sistem digunakan untuk mengendalikannya.
[1][2] Pemerintahan ialah cara yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar negara, serta juga mekanisme untuk menetapkan
dasar negara.
Negara-negara dilayani oleh pelbagai pemerintahan yang berturut-turut dan berterusan.
[3] Setiap pemerintahan yang berikut terdiri daripada satu badan individu yang menguasai
pembuatan keputusan politik. Fungsinya adalah untuk menguatkuasakan
undang-undang, menggubal undang-undang yang baharu, dan menimbang tara pertikaian. Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan ini sering merupakan golongan lingkaran atau golongan keturunan. Dalam masyarakat yang lain pula, misalnya dalam negara
demokrasi, peranan politik masih dikekalkan tetapi terdapat pertukaran orang yang kerap untuk mengisi jawatan-jawatan itu.
[4]Dalam kebanyakan masyarakat Barat, terdapat juga perbezaan yang nyata antara kerajaan dengan negara. Ketaksetujuan awam terhadap sesuatu pemerintahan (diungkapkan, misalnya, melalui tidak memilih pemerintahan kini) tidak semestinya membayangkan ketaksetujuan terhadap negara pada dirinya (yakni rangka kerja pemerintahan itu). Bagaimanapun, dalam sesetengah rejim
totalitarian, tidak adanya perbezaan yang ketara antara rejim dan negara. Sebenarnya, pemimpin dalam rejim sebegini sering mencuba mengaburi perbezaan antara kedua-dua itu demi menggabungkan kepentingan diri semata-mata dengan kepentingan negara.
[5]