Sejarah Kawasan_Schengen

Perjanjian Schengen telah ditandatangani pada 14 Jun 1985 oleh lima daripada sepuluh negara anggota Kesatuan Eropah[4] di bandar Schengen, Luxembourg. Kawasan ini didirikan secara berasingan daripada Komuniti Ekonomi Eropah, apabila kata sepakat tidak dapat dicapai di antara semua negara anggota Komuniti Eropah mengenai penghapusan kawalan sempadan dalam negara anggota.

Pada tahun 1990, perjanjian ini disampingkan bersama Konvensyen Schengen yang mencadangkan penghapusan kawalan sempadan dalaman serta sebuah dasar visa yang sama.[5] Perjanjian ini serta peraturan yang dipakai di bawahnya terpisah sepenuhnya daripada struktur Komuniti tersebut, lalu membawa kepada pembentukan Kawasan Schengen pada 26 Mac 1995.[6]

Rujukan

WikiPedia: Kawasan_Schengen http://www.swifttourism.com/visit-europe.html http://www.amblondon.um.dk/en/menu/consularservice... http://www.interior.gob.es/ca/web/servicios-al-ciu... http://www.ecfr.eu/specials/scorecard/schengen_fla... http://europa.eu/legislation_summaries/justice_fre... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/en/documents-public... http://www.consilium.europa.eu/homepage/showfocus?...