Kayak ialah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan
Artik di
Amerika Utara dan
Greenland biasanya dikenali sebagai
Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit
anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas
Lautan Artik.Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan
pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai
gulingan Eskimo Eskimo Roll.Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk :
berkayak di air putih whitewater kayaking,
bot bermain playboats,
surfing,
kayak laut, perlumbaan air tenang,
berkanoe Slalom,
polo kanoe dan
riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada
plastik,
fiberglass,
kevlar,
Serat karbon,
kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah.]</ref>.Following the war the SBS was reformed as a Royal Marines unit and the Klepper Aerius II
folding kayak became a staple of its training and operations.