Kayap
Kayap

Kayap

Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV).[1] Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Jangkitan awal VZV boleh menyebabkan cacar air yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang muda. Setelah penyakit cacar air sembuh, virus itu masih lagi berada dalam badan tetapi dalam keadaan tidak aktif. Jika tahap daya tahan selular seseorang itu menurun, maka VZV boleh aktif kembali dan merebak ke saraf periferi hingga ke kulit yang akhirnya membawa kepada penyakit kayap.[2] Penyakit kayap adalah berbeza dengan penyakit herpes simpleks walaupun virus varicella zoster dan virus herpes simpleks adalah daripada subkeluarga yang sama iaitu Alphaherpesvirinae.

Rujukan

WikiPedia: Kayap http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb29119.htm http://www.emedicine.com/derm/topic180.htm http://www.emedicine.com/emerg/topic823.htm http://www.emedicine.com/med/topic1007.htm http://www.emedicine.com/oph/topic257.htm http://www.emedicine.com/ped/topic996.htm http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/00... http://www3.who.int/icd/currentversion/gb00.htm#b0... http://www.dmoz.org/Health/Conditions_and_Diseases...