Kebudayaan_Jerman
Kebudayaan_Jerman

Kebudayaan_Jerman

Jerman sering digelar Das Land der Dichter und Denker (negeri penyajak dan pemikir)[1] Kebudayaan orang-orang Jerman bermula lama sebelum pembentukan Jerman sebagai sebuah negara bangsa dan kini tersebar luas di seluruh alam Jerman. Dari dasarnya, kebudayaan di Jerman telah dibentuk oleh aliran-aliran pemikiran penting dan popular di Eropah, sama ada dari segi keagamaan mahupun sekular. Hasilnya, amat sukar untuk membezakan tradisi khusus Jerman daripada rangka kebudayaan Eropah yang lebih luas.[2] Selain itu, beberapa tokoh bersejarah seperti Wolfgang Amadeus Mozart, Franz Kafka dan Paul Celan, walaupun mereka bukanlah rakyat Jerman di dalam pengertian zaman moden, perlu dilihat di dalam konteks lingkungan pengaruh budaya Jerman bagi menghayati dan memahami keadaan sejarah, karya dan juga hubungan sosial mereka.Beberapa komposer muzik klasikal terkenal dunia adalah berketurunan Jerman, iaitu Ludwig van Beethoven, Johann Sebastian Bach, Johannes Brahms dan Richard Wagner. Di zaman moden pula, bakat-bakat dari Jerman turut merwarnai dunia muzik dalam pelbagai genre terutamanya pop dan juga rock. Artis-artis seperi Kraftwerk, Scorpions dan Rammstein tidak hanya bertumpu di Jerman, yang merupakan pasaran muzik ketiga terbesar di dunia sehingga tahun 2005, malah turut mengembangkan pengaruh muzik mereka di seluruh dunia.[3]Jerman turut melahirkan banyak pelukis-pelukis terkemuka dunia yang berkarya dalam pelbagai aliran kesenian. Antara nama-nama penting mengikut zaman ialah Hans Holbein Si Muda, Matthias Grünewald, dan Albrecht Dürer di Zaman Pembaharuan, Caspar David Friedrich di era romantisisme dan Max Ernst dari era surealisme. Sumbangan dalam seni bina termasuklah seni bina di zaman Carolongia dan juga Dinasti Otto, yang menjadi pelopor penting dalam seni bina Romanesque. Wilayah Jerman kemudiannya menjadi tapak penting penghasilan karya dalam pelbagai gaya seperti seni bina gotik, seni bina Renaissance dan juga seni bina barok. Selepas itu, Jerman mengetuai pergerakan seni bina moden terutamanya melalui pergerakan Bauhaus yang diasaskan oleh Walter Gropius. Ludwig Mies van der Rohe, juga berasal dari Jerman, menjadi salah seorang arkitek ternama dunia di pertengahan kedua abad ke-20. Idea menggunakan gelas pada muka bangunan diajukan olehnya.[4]

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Jerman http://www.alexa.com/site/ds/top_sites?cc=DE&ts_mo... http://www.filmbug.com/db/343340 http://www.imdb.com/title/tt0405094/awards http://encarta.msn.com/encyclopedia_761576917_4/Ge... http://www.fassbinderfoundation.de/node.php/en/hom... http://www.spiegel.de/international/0,1518,410135,... http://www.fiapf.org/pdf/2006accreditedFestivalsDi... http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/arti... http://news.bbc.co.uk/2/hi/entertainment/4273661.s... http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/country_profiles...