Kebuk_awan
Kebuk_awan

Kebuk_awan

Kebuk awan, juga dikenali sebagai kebuk awan Wilson, sebuah pengesan zarah digunakan untuk menampakkan jejak sinaran pengion.Kebuk awan terdiri daripada ruang kedap yang mengandungi wap air atau alkohol yang aditepu. Zarah bercas bertenaga (contohnya, zarah alfa atau beta) berinteraksi dengan campuran gas itu dengan melanggar elektron keluar dari molekul gas menerusi daya elektrostatik, menghasilkan jejak zarah gas terion. Ion terhasil bertindak sebagai pusat pemeluwapan di mana jejak titisan kecil seperti kabus terbentuk jika campuran gas berada pada takat pemeluwapan. Titisan ini dilihat sebagai jejak "awan" yang bertahan selama beberapa saat sementara titisan jatuh menerusi wap. Jejak ini mempunyai bentuk cirian. Contohnya, jejak zarah alfa tebal dan lurus, sementara jejak elektron pudar dan menunjukkan lebih banyak bukti pesongan oleh perlanggaran.Kebuk awan memainkan peranan penting dalam fizik zarah eksperimen dari 1920-an hingga 1950-an, sehinggalah munculnya kebuk gelembung. Khususnya, penemuan positron pada 1932 (lihat Gambar 1) dan muon pada 1936, kedua-dua oleh Carl Anderson (menerima Hadiah Nobel Fizik pada 1936), dengan menggunakan kebuk awan. Penemuan kaon oleh George Rochester dan Clifford Charles Butler pada 1947, juga dengan menggunakan kebuk awan sebagai pengesan.[1] Dalam setiap kes, sinar kosmos menjadi sumber sinaran pengion.